Nota cinta untuk suria
Namaku iqbal, 21 tahun
berasal dari sebuah perkampungan kecil dan membesar di Bandar. Alam itu indah
suasananya nyaman dan segar takala berada di hutan memang rugi kalau tak
dinikmati begitu juga dibandar dengan kemajuaan arus moden teknologi terkini
berkembang dengan pesat. Pusat hiburan, pusat reaksasi menambah lagi seri alam
semulajadi.
Setiap pagi aku bangun
belum sempat ku mengelap mata tanganku hingap ke dada untuk merasa denyutan
jantungku sendiri aku takut kalau-kalau jantungku terhenti ini kerana sakit
yang ku hidap selama ini. Semasa berumur 8 tahun ketika aku bermain bola
bersama rakanku yang lain tubuh kecilku terkulai jatuh ketanah muka ku pucat
tanganku sejuk lalu aku pitam. Setelah sedar aku berada dihospital doktor
memberitahu aku menhidap penyakit jantung berlubang.
Semenjak peristiwa itu
ayah melarang aku untuk bermain bola lagi atau permainan lasak. Aku tahu ayah
amat menyangiku begitu juga dengan ibu mereka sedih dengan keadanku ibu sering
menangis aku tekad tak mahu melihat ayah dan ibu sedih aku tabah dan kuat untuk
meneruskan sisa hidupku…meskipun hidupku tak seperti kanak-kanak lain aku
dengan semangat yang kental dan kuasa yang maha isa aku hidup hingga kini.
Dua tahun selepas itu
kedua ibubapa ku terlibat dengan kemalangan hati ku amat sedih, kesedihan itu
membuat aku hilang semangat entah mengapa ayah dan ibu pergi meningalkan aku
takala aku memerlukan kasih sayang mereka. Beberapa bulan selepas itu aku koma,
aku dimasukan ke hospital kegagalan injap jantungku berdenyut menyebabkan aku
dibantu oleh mesin.
Kini setiap denyutan jantungku dibantu oleh
mesin, dengan erti kata lain mesin itulah tongak yang menentukan hidup dan
matiku. Nyawaku bagaikan telur dihujung tanduk yang hanya menunggu masa untuk
pergi, aku pasrah dengan keadaanku dengan kudrat yang masih ada ku gunakan
sebaiknya.
Pada pagi yang indah
itu lenaku diganggu oleh suara yang amat asing bagiku, dengan penuh malas ku
membuka mata ahh ternyata benar seorang pelatih jururawat berada di sampingku.
Dengan suaranya yang lunak menyapa ku ‘selamat pagi encik iqbal, kami nak tukar
kain cadar awak’ ku hanya mengangguk. Setelah habis dia meningalkan senyuman
sebelum pergi ke katil yang lain.
Entah kenapa dia amat
berbeza dengan gadis yang lain senyumannya amat ikhlas jelas sekali dia
melaksanakan tugasnya dengan hati yang terbuka, orangnya amat sopan santun
entah hati ini terasa seperti ada yang tak kena. Jangan-jangan ahh sudahlah
lari entah kemana fikiranku mana ada yang suka denganku ada penyakit kronik,
lemah dan tiada rupa andai saja aku seperti lelaki yang lain memiliki tubuh
yang sihat sudah pasti dia gadis yang bakal menemaniku sepanjang hayat.
Hari demi hari minggu
demi minggu hinggalah sampailah ke bulan entah mengapa makin hari makin
mendalam aku suka padanya, dia sering menemaniku kerana mungkin sering melihat
ku keseorangan atau dia telah membaca latar belakangku di case note tersebut.
Dia seorang gadis yang baik selalu membuat aku gembira dengan lawak jenakanya.
aku sangat bertuah tuhan mengirimkan seorang bidadari untuk menghiburkanku,
semangatku kembali pulih kini dia sumber pemangkin semangatku meskipun ku sedar
ku hanyalah bertepuk sebelah tangan tapi tak mengapa asalkan wajahnya sering
menatapku setiap hari. Harapan untuk pulih amat tipis namun ku kuatkan semangat
demi melangsungkan hidup untuk menyatakan cintaku padanya.
Namun pada hari yang
tragik telah berlaku sesuatu yang amat tidak di sangka-sangka, dalam kami
bersembang dia tiba-tiba menanyakan ‘awak masih single kah’ diiringi dengan
senyuman lalu aku menjawab “iya saya masih single siapalah yang nakkan saya nie”
senyumannya semakin lebar dia memegang tanganku lalu berkata “awak janganlah
cakap macam tue awak insan yang istimewa, andai saja kita ditakdirkan untuk
bercinta sudah tentu saya sudi”
Tiba-tiba ku rasa
denyutan jantungku kuat dan makin pantas dadaku amat sakit aku mulai sesak
nafas penglihatanku makin malap ‘awak!! Kenapa nie’ suria berdiri lalu
mendapatkan doctor dengan segera aku tak terdaya menahan sakit lalu pengsan………….
Di suatu sudut
kelihatan doctor sedang berbincang “kita harus bedah dia sekarang kalau tidak
dia tidak mungkin akan hidup,tapi kita belum mendapat penderma apa yang harus
kita lakukan sekarang?, kita buat apa yang termampu kita lakukan”. Doctor
membedahku selama 9 jam aku di bilik bedah.
Encik iqbal bangun
makan ubat, suara suria menjelma semula di telingaku aku tangkas bangkit namun tubuhku lemah hanya
mampu mengapai ubat di tangan suria. “Apa yang terjadi padaku suria?” tanyaku
dengan nada lemah. “awak pengsan kemarin hampir meragut nyawa awak” balasnya
dengan nada kesal kerana menyangka dirinya yang harus dipersalahkan”. Dia
berlalu setelah siap memberiku ubat.
Aku amat berterima
kasih kepada dr zafwan yang menjagaku Selama ini kemarin dia jua lah yang menyelamatkan
nyawaku,namun ada berita yang kurang baik hari ini dia yang tadi melawatku
memberitahu bahawa andai tidak dapat penderma dalam minggu ini nyawaku tidak
dapat di selamatkan lagi. harapanku luluh bagai sehelai daun yang gugur ke muka
bumi. Meskipun ku tahu hidup ini seperti lilin yang menyala suatu hari nanti ia
akan padam seperti hidup ini semua orang akan pergi jua tapi bila?,dimana?
Tiada siapa yang boleh menduga ketentuan tuhan.
“kak katil number 7 dia
sudah discharge ke?,ohh budak iqbal tue ye kenapa awak tak tahu iya dia dah
discharge semalam klu tak silap ada sepucuk surat dia bagi kat awak kejap ye
akak ambil,nah nie dia.”
Dear SURIA RAHMAN,
Setelah
awak mendapat surat ini sebenarnya saya sudah pergi buat selama-lamanya, saya
sangat bahagia bersama awak senyummu seindah namamu barangkali kita tiada
jodoh. Ku sedar diriku bukanlah yang terbaik tapi ku berusaha untuk jadi yang
terbaik agar suatu hari nanti kau kan jadi permaisuri hidupku, ketahuilah saya
amat mencintaimu meskipun masa terlalu singkat meskipun diriku seperti boneka
yang hidup hanya bernafas mengunakan oxygen tapi saya tegar menjadi insan yang
membahagiakanmu tapi apakan daya cintaku terkubur dipantai merdeka cintaku
dipukul ombak rindu dan cintaku tidak kesampaian. Bibir ini terlalu berat nak
berkata terlalu keluh tak bermaya terlalu jahil dalam cinta. Belum jauh ku
melangkah belum jauh ku berserah, ingin aku merasanya bahagia ingin aku mencuba
untuk bercinta sememangnya aku tak berdaya bagai ku yang mencari rembulan yang muncul hanya seketika meskipun kubahagia
mengejar bayanganmu tak mungkin ku peroleh saat-saat kebahagiaan bersamamu. Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight Live every moment here to
your heart’s content The time that is here may not be tomorrow One who loves
you whole-heartedly It is difficult meet that person If there is someone like
that somewhere That person is more beautiful than all Grab onto that (person’s)
hand He or she may not be so gracious tomorrow Live every moment here to your
heart’s content The time that is here may not be tomorrow Taking the shadow of
your eyelashes, when someone comes near You try to reason with your crazy heart
Your heart just goes on beating But think, that which is here now That story
may not be here tomorrow Life changes its beauty all the time Sometimes it’s a
shade, sometimes life is sunlight Live every moment here to your heart’s
content The time that is here may not be tomorrow The time that is here may not
be tomorrow. Sekian terima kasih,
Yang Ikhlas
Iqbal




























.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)